google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Monday, February 3, 2014

SKIM RUMAH PERTAMAKU

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar telah ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari 2013.



Thursday, December 19, 2013

DAFTAR RUMAH IDAMAN RAKYAT SPNB


Pendaftaran Rumah Idaman Rakyat SPNB secara online. 
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan slogan “Menerajui kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.


Permohonan Rumah Idaman Rakyat SPNB borang online.
SPNB menerusi projek syarikat itu iaitu Rumah Idaman Rakyat telah memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM di lokasi wilayah terpilih di Malaysia.

Bagi yang berminat dengan Program Rumah Idaman Rakyat yang ditawarkan oleh SPNB boleh mengisi borang pendaftaran secara dalam talian (online).

Sila ikuti maklumat yang berkaitan seperti berikut:

Borang Pendaftaran Bagi Program Rumah Idaman Rakyat
Borang boleh dilengkapkan dengan melayari pautan (link) http://58.26.15.107/rmm/borang.asp

Syarat Kelayakan Program Rumah Idaman Rakyat                                                       
  • Pembeli mestilah warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas.
  • Mempunyai pendapatan individu tidak melebihi RM7500.
  • Atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000.
  • Keutamaan diberikan kepada pembeli rumah pertama, golongan OKU dan ibu tunggal.
Info lain berkaitan Program Rumah Idaman Rakyat 

a) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250,000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1,000 000.

b) Konsep pembangunan adalah bercampur.

c) Jenis Rumah
Banglo
Teres
Rumah Berkembar
Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
Unit Kedai


Sebarang maklumat lanjut yang berkaitan, sila melayari laman web rasmi SPNB di capaian url http://www.spnb.com.my

Monday, December 16, 2013

BLOGGER MALAYSIA KINI MEMILIH ICHOOSE.MY



 www.ichoose.my

Anda sudah memiliki blog atau belum menghasilkan blog, kini blogger hanya perlu mendapatkan alamat internet (Domain Name), bagaimana caranya?

Jika dahulu kita mendapatkan domain seperti (.com / .net / .org) dan perkara yang terjadi apabila blogger mendaftar dan nama tersebut telah di daftarkan. Ini menyebabkan blogger tertanya-tanya bilakah kita akan mempunyai platform sendiri untuk pendaftaran tanpa melalui orang tengah.

Kini dengan adanya MYNIC sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dikawal oleh Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia telah membangunkan sistem platform yang dihasil reka oleh jurutera-jurutera MYNIC bagi mempermudahkan pendaftaran domain (alamat internet). 

 www.mynic.net
Anjakan paradigma jurutera-jurutera MYNIC Malaysia ini telah berjaya menghasilkan platform buatan Malaysia untuk rakyat Malaysia.

Pada awalnya, platform tersebut hanya boleh melakukan carian penama alamat internet (WHOIS) di portal MYNIC. Pada tahun ini mereka telah menghasilkan portal yang boleh mendaftarkan alamat internet dikenali sebagai ichoose.my

Ichoose.my membolehkan blogger mendaftar nama yang belum didaftarkan, rebutlah peluang ini yang hanya datang sekali seumur hidup.

Sebagai contoh, Pilihan nama domain internet MESTI unik contohnya (Alza.my) yang dikhususkan kepada pengguna peminat kereta berjenama Alza. Alamat internet blogger mudah untuk diingati di kotak fikiran pengguna internet.

Ichoose.my telah mengadakan promosi belian nama internet (Domain) sehingga 31 December 2013, berikut adalah senarai harga promosi dengan hanya RM50 pendaftaran sehingga 2 tahun. Bagi mempermudahkan pembayaran, blogger boleh membayar pendaftaran melalui dalam talian. Semudah A, B, C dan D. 

Pendaftaran Alamat Internet: www.ichoose.my
Platform MYNIC: www.mynic.net
Facebook MYNIC: www.facebook.com/mynicberhad

 www.ichoose.my
“JADIKAN ALAMAT INTERNET SEBAHAGIAN DARI HIDUP ANDA”

KINI BLOGGER MALAYSIA MEMILIH ICHOOSE.MY

TAHNIAH MYNIC!!

 
[I'm at the largest blogger gathering in Malaysia]
Founder www.rumahsewa.my | Co-founder www.Alza.my | Founder www.11.com.my