google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia: November 2013

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Thursday, November 28, 2013

SINDIKET PENIPUAN RUMAH SEWA SEMAKIN SERIUS.

Berhati-hati dengan sebarang SCAM dan PENIPUAN Rumah Sewa Malaysia. Kerna terdapatnya petualang NAJIS yang mahu mengambil duit anda dengan cara menipu. Berikut adalah ADUAN dari Pencari Sewa: 


MANGSA:
Salam admin,
Ingin saya berkonsi bersama baru2 ni saya ada iklankan mencari rumah sewa di rumah sewa malaysia. Saya telah dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali. Dia memberi rumah untuk disewa complete details dan harga beserta dgn acct no. Saya rasa ini adalah satu penipuan. Saya tidak membayar apa2 sebaliknya saya pergi survey dahulu alamat rumah yang diberi utk di sewa. Ternyata rumah itu tidak ada dan alamat itu tidak benar. Berhati - hati pada yang diluar sana terutama mereka yang desperate mencari rumah seperti saya.

ADMIN: Penipu tu ada FB ID tak?
 
MANGSA: ID Fb tu tak ada. Dia sms saya. Kebetulan masa tu saya iklan dan saya ada letak phone no saya. Berikut adalah detail no.phone org tersebut 017-946xxxx. konon namanya "Kak Za". Bila saya layan dia bagi no acct. zaxxxx yahya dari xxxxx network solution homestay. Acct no. Maybank 51428060xxxx and CIMB 1463000xxxxx. Penipu tu pandai berdrama. Thanks "RSM" for your respond.


KOMENTAR DARI PENGGUNA RUMAH SEWA MALAYSIA

Rayyan Hafiz : Saya pun nyaris jd mangsa. Modus operandi hampir sama.. siap bg pic rumah n google map.. mujurlah ada bantuan info dr rakan setempat..

Mohd Faizal Ibrahim : Sama saya juga hampir ditipu oleh scam nie.

Fieza Abdull : Oh yes, ade tu siap call saya for confirmation itu adelah saya atau org lain sbb ,, die mintk deposit n suruh penyewa bank in , tpi pelik padahal saya yg owner .. Mengaku jadi fieza ,, pakai nombor lain.
 
Maz Dea Lova : sy penah kena, dia paksa byr booking konon nak LOCK utk saya. nasib baik rm100 jek hmm
 
Maz Dea Lova : Kalau nak banding org lain yg kena sampai ribu2... Org tu guna nama zatamah/mazlinda/nama perempuan yg kononnya bekeja sbg pharmasist UPM/UKM. Selalu guna pakai no acc bank atas nama company yg ada perkataan Homestay/win win/solution/network. Hati2 ye dah ramai yg terkono ngan mangkok tingkat tu. 

Artikel aduan di : RUMAH SEWA MALAYSIA

DITIPU SINDIKET RUMAH SEWA.

Ditipu sindiket rumah sewa.
BANGSAR - Satu sindiket yang menipu orang awam berkaitan urusan sewa rumah atau bilik dikesan berlaku di sekitar Bangsar.

Sindiket itu menjadikan orang ramai yang meletakkan nama dan nombor telefon di sebuah laman web dengan menghubungi mereka untuk dijadikan mangsa.


Mun, 21, iaitu salah seorang mangsa berkata, dia mencari bilik sewa di sekitar Kuala Lumpur kerana mendapat peluang pekerjaan di sini dan perlu melapor diri di tempat kerjanya hari ini.


Usaha mencari bilik sewa dan meminta pertolongan rakan juga gagal lalu mencuba masuk ke satu laman web yang menyediakan ruang bagi orang awam mencari rumah atau bilik kosong.

 
 
 “Saya meninggalkan nama dan nombor telefon,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Pada petang itu juga, dia mendapatkan kiriman SMS daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Zatamah.


Katanya, wanita itu mengaku mencari penyewa kerana penyewa apartmennya berpindah.

“Dia menghantar butiran mengenai apartmen beserta alamat lengkap sebuah kondominium.

“Dia juga hubungi saya meminta supaya membayar RM600 sebagai pendahuluan,” katanya.


Awalnya, Mun mahu melihat apartmen itu namun Zatamah memberikan alasan sedang berada di Pulau Pinang.


Zatamah turut memberi gambar contoh apartmen dan surat perjanjian sewa apartmen melalui kiriman e-mel dan memberikan nombor telefon salah seorang penghuni apartmen itu yang dikenali sebagai Ina.


Berpegang kepada bukti itu, Mun membayar separuh wang pendahuluan berjumlah RM300.


“Saya terus ke apartmen tersebut bersama seorang rakan untuk melihat sendiri sambil menghubungi Ina beberapa kali, namun, panggilan saya tidak dijawab.

“Apabila tiba di apartmen itu, saya terkejut apabila seorang lelaki membuka pintu apartmen itu. Saya tanya adakah dia menyewa apartmen itu, lelaki itu menjawab, apartmen itu miliknya,” katanya.


Lelaki terbabit turut memberitahu sudah yang tertipu dan menjadikan mana-mana apartmen di situ sebagai umpan.

Mun segera membuat laporan di Balai Polis Pantai pada malam berikutnya.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Sinar Harian.

Tatacara pemilik rumah/bilik sewa menyediakan maklumat kepada pencari sewa.

Tatacara Pemilik Rumah/Bilik sewa menyediakan maklumat kepada pencari rumah/bilik/rakan serumah. Langkah ini mempermudahkan semua pihak terutamanya komunikasi diantara pemilik dan penyewa.

1. Jenis Sewaan (rumah/apartment/flat/condo/bilik)
2. Lokasi (Tingkat/Jalan/Lorong/Taman/Kampung)
3. Harga Sewaan sebulan termasuk deposit utiliti (Elektrik & Air)
4. Kelengkapan rumah (Jika ada - Katil/TV/Peti Ais)
5. Nombor Telefon (Whatapp/Wechat/Viber/Line (Call & SMS)

Tuesday, November 26, 2013

Thursday, November 21, 2013

JURU UKUR BANGUNAN DIPERKASA.

22/11/2013
Kerajaan akan memperkasakan peranan juruukur bangunan yang akan bertindak sebagai badan pemantau ketika pelaksanaan sebarang projek pembangunan hartanah di negara ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata kerajaan sedang memperinci peranan badan pemantau itu sebelum bercadang meminda akta berkaitan pembinaan bangunan bermula tahun depan. 


“Sebagai contoh, pengguna membeli pangsapuri pada saiz tertentu tetapi apabila diserahkan, saiznya tidak sama seperti dalam perjanjian.

“Oleh itu, kita mahu memperkasakan peranan juruukur bangunan serta meminda akta berkaitan demi menjaga kepentingan pembeli rumah,” katanya kepada media selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kawalan Bangunan Ke-3 di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Fadilah berkata, juruukur bangunan yang terdiri daripada badan profesional juga berperanan sebagai pemantau bagi memastikan bangunan yang dibina pemaju mematuhi pelan, spesifikasi standard dan amalan industri sebelum ia mendapat kelulusan akhir.

“Juruukur bangunan mengukur saiz sebenar rumah dan jika ia lebih daripada saiz dalam perjanjian, maka berkemungkinan besar pembeli perlu membayar lebihan itu kepada pemaju dan jika ia kurang pula, pembeli pula boleh menuntut bayaran daripada pemaju,” katanya. 

Dalam pada itu, kerajaan berharap lebih banyak pemaju hartanah tempatan tampil mempraktikkan kaedah pembinaan mengikut piawaian Indeks Bangunan Hijau (GBI). 
Sumber: Bharian

Wednesday, November 20, 2013

DPMM cadang bina 100,000 unit rumah kos sederhana.

Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merancang untuk membina sekurang-kurangnya 100,000 unit rumah dalam tempoh 10 tahun menerusi Program Perumahan Kos Sederhana Mampu Milik Konsep seMalaysia (PPKS).

Rumah itu yang berharga sekitar RM200,000 disasarkan untuk mereka berpendapatan antara RM3,500 hingga RM7,000 sebulan bagi pasangan suami isteri. 

Kategori rumah yang akan dibina termasuk rumah teres dua tingkat dan pangsapuri kos sederhana dengan membeli tanah kerajaan pada harga minimum.


Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Alattas, berkata program perumahan itu akan dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat sebagai tanggungjawab sosial tanpa bermotifkan keuntungan.

“Cadangan sudah dikemukakan kepada beberapa kerajaan negeri dan hanya menunggu persetujuan.

Dijual pada harga RM200,000

“Rumah ini akan dijual sekitar RM200,000 yang cuma membabitkan harga tanah, kos juruperunding dan pembinaan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada lokasi rumah itu,” katanya pada sidang media mengenai Projek Perumahan Kos Rendah di sini, semalam.
Bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan, DPMM mewujudkan Jawatankuasa Penasihat membabitkan wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), wakil bank dan juruperunding pembinaan.

Syed Ali berkata, kira-kira 260 unit rumah sederhana pada fasa 1 akan dibina di bandar Uda Utama, Johor Bahru, awal tahun depan di kawasan seluas empat hektar.

“Pembinaan rumah itu dijadualkan siap dalam tempoh 18 bulan selepas pembinaan, manakala bagi fasa kedua pula akan dibina di Taman Lagoon Johor sekitar pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, program itu disediakan untuk rakyat tempatan yang bermastautin di negeri masing-masing.

“Pembeli tidak dibenarkan menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun bagi mengelak sebarang spekulasi dan pembeli yang mengambil kesempatan bagi kepentingan peribadi.

“Kami memperuntukkan 70 peratus unit rumah ini kepada kaum Bumiputera, 20 peratus bukan Bumiputera dan selebihnya untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menyerahkan kertas kerja kepada kerajaan negeri Selangor kelmarin, bagi membina rumah kos sederhana di sekitar Lembah Klang dan menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri itu.

Orang ramai yang berminat boleh boleh mendaftar di www.ppks.my
Sumber: BHarian


Malaysia Central bank's new ruling to affect housing loan growth.

20 November 2013
Despite its long-term benefits, Bank Negara Malaysia's new circular has been viewed negatively by analysts.

Aimed at making the property market sustainable, the new rules took effect last Friday and effectively placed the brakes on the developer interest-bearing scheme (DIBS) and interest capitalisation schemes (ICS).

It also required the use of the property's net selling price as the benchmark for securing bank loans.

According to Cheah King Yoong, bank analyst at Alliance Research, the measures were “more onerous” than expected. It also posed downside risks to his loan growth estimate of nine percent for the banking sector in 2014.

“Although the guidelines on the prohibition of the DIBS was not a surprise, the new rule on using the net selling price to determine the loan-to-value (LTV) ratio is a negative surprise to us,” he said.

“While it is difficult to gauge the impact on banks, the fact that this new rule applies to all property financing, including first-time home buyers, means that property buyers’ affordability will be affected, and this will lead to lower property loan growth,” he added.

He also noted that the latest policies “illustrate the sheer determination of the authorities to contain the growth of household debt.”

“These measures, together with potential rate hikes in 2014, fiscal tightening by the federal government and subsidy rationalisation next year, could further drag on loan growth in the retail segment, temporarily leading to a rise in credit costs, and dampen investor sentiment on the banking sector,” he said.

Nikki De Guzman, Junior Journalist

Monday, November 18, 2013

RUMAH SEWA: KAEDAH AGIH SUBSIDI MYHOME DIPERINCI.

Rumah Sewa: Kaedah agih subsidi MyHome diperinci

Mesyuarat 21 November 2013 tentukan mekanisma terbaik

Kuala Lumpur: Kerajaan akan memperincikan semula kaedah pemberian subsidi RM30,000 di bawah Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar), berkata sama ada agihan subsidi itu diserahkan kepada pemaju atau pembeli, semua akan diperincikan pada satu mesyuarat membabitkan beberapa pihak berwajib, 21 November ini.

“Kita akan fikirkan mekanisma terbaik dan memperincikannya pada mesyuarat itu bersama semua setiausaha kerajaan negeri, pejabat tanah dan galian, wakil persatuan pemaju perumahan dan bank,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) di Dewan Rakyat, semalam.

Program baru

Beliau berkata, wakil Kementerian Kewangan, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Bank Negara akan turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

MyHome adalah program baru diperkenalkan kerajaan dalam Bajet 2014 sebagai langkah menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

Sebelum ini, skim itu menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada pemaju swasta mengikut lima kriteria, antaranya pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 20 peratus rumah kos rendah dan 20 peratus rumah kos sederhana dalam satu projek perumahan. Harga jualan maksimum rumah kos rendah ialah RM45,000 dan rumah kos sederhana ialah RM170,000.

Mengenai pendekatan kementerian menjayakan projek pembinaan kediaman untuk rakyat, Abdul Rahman berkata, Majlis Perumahan Negara ditubuhkan untuk merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan nilai harga dan penyediaan rumah dilaksanakan dengan lebih cekap dan cepat.

Katanya, majlis itu juga bertanggungjawab memantau pasaran hartanah, manakala keanggotaannya membabitkan agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, Jabatan Perumahan Negara, PR1MA serta Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Dalam pada itu, beliau berkata, laporan dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan 4.67 juta unit rumah dibina sehingga Jun lalu, termasuk rumah teres, teres dua tingkat, rumah berkembar, kondominium, kos rendah dan sederhana.