google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia: Tatacara

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Showing posts with label Tatacara. Show all posts
Showing posts with label Tatacara. Show all posts

Friday, April 11, 2014

EJEN, PERUNDING HARTANAH WAJIB PAKAI TAG PENGENALAN DIRI


Bermula 01 Jun 2014, ejen dan perunding hartanah diwajibkan memakai tag pengenalan diri yang dikeluarkan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartatanah Malaysia (BOVAEA) ketika menjalankan urus niaga dengan pelanggan masing-masing. 

 

Penggunaan tag pengenalan diri itu penting bagi membolehkan orang ramai dapat membezakan ejen dan perunding berdaftar dan tidak berdaftar.

Kini, terdapat 1,779 ejen hartanah dan lebih 16,243 perunding hartanah berdaftar dengan BOVAEA.

Semua perunding hartanah diwajibkan memakai tag nama yang dilengkapi dengan kod Quick Response (QR) untuk membolehkan pengguna membezakan perunding berdaftar dengan perunding yang tidak sah.

Presiden Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, Datuk Abd. Hamid Abu Bakar berkata, pembeli hartanah pula dinasihatkan hanya mendapatkan perkhidmatan daripada perunding hartanah yang berdaftar dengan lembaga itu untuk mengelakkan kerugian dan penipuan.

"Semua pembeli boleh menggunakan telefon pintar untuk mengimbas kod QR yang ada pada tag nama bagi mengenal pasti identiti sebenar seseorang perunding hartanah.

"Buat masa ini, sebanyak 16,243 perunding telah didaftarkan di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah di mana mereka berkhidmat dengan 1,779 ejen hartanah yang sah,"

Dalam pada itu, Presiden Institut Ejen Hartanah, Siva Shanker berkata, individu yang menggelar diri sebagai perunding bebas sebenarnya adalah tidak sah kerana setiap perunding harus bekerja sepenuh masa dengan seorang ejen hartanah.

Katanya, jumlah perunding tidak sah mungkin menyamai malahan melebihi jumlah perunding sah di negara ini di mana keadaannya didapati lebih serius di Sabah dan Sarawak.

"Perunding tidak sah ini tidak mengikut peraturan di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, mereka mungkin menerima caj perkhidmatan pada kadar yang lebih tinggi, masing-masing daripada pihak pembeli dan penjual hartanah,"


Ahli Lembaga Pengarah lembaga berkenaan, Eric Lim berkata, setiap ejen hartanah yang berdaftar hanya boleh mempunyai maksimum 20 perunding di bawah mereka.

"Untuk menjadi seorang ejen hartanah, seseorang itu mesti bekerja selama dua tahun di bawah ejen hartanah bertauliah selain lulus beberapa ujian ditetapkan.

"Perunding berdaftar pula ialah individu yang bekerja di bawah ejen hartanah dan mereka perlu menghadiri kursus. Perunding adalah termasuk mereka yang mempromosi jualan hartanah di dalam ekspo hartanah dan pusat beli-belah," katanya.

Tambahnya, setiap perunding mesti bekerja secara tetap dengan seorang ejen hartanah dan mereka perlu memaklumkan kepada lembaga sekiranya berpindah ke firma lain.

"Dengan mendaftarkan perunding-perunding hartanah di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, maka sebarang kesalahan yang dilakukan mereka akan dapat dikesan," katanya.


Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo.


Thursday, November 28, 2013

Tatacara pemilik rumah/bilik sewa menyediakan maklumat kepada pencari sewa.

Tatacara Pemilik Rumah/Bilik sewa menyediakan maklumat kepada pencari rumah/bilik/rakan serumah. Langkah ini mempermudahkan semua pihak terutamanya komunikasi diantara pemilik dan penyewa.

1. Jenis Sewaan (rumah/apartment/flat/condo/bilik)
2. Lokasi (Tingkat/Jalan/Lorong/Taman/Kampung)
3. Harga Sewaan sebulan termasuk deposit utiliti (Elektrik & Air)
4. Kelengkapan rumah (Jika ada - Katil/TV/Peti Ais)
5. Nombor Telefon (Whatapp/Wechat/Viber/Line (Call & SMS)