google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia: mangsa

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Showing posts with label mangsa. Show all posts
Showing posts with label mangsa. Show all posts

Saturday, May 31, 2014

TABIAT SUKA JUAL TANAH - TUN MAHATHIR MOHAMED


KUALA LUMPUR: Tabiat pihak yang suka menjual tanah untuk mendapatkan wang  untuk keuntungann jangka pendek adalah ibarat menggadai negara sendiri kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Di dalam artikel terbaharu beliau di blognya chedet.com, beliau berkata di zaman British dahulu, orang Melayu yang rata-rata miskin kerap menjual tanah milik mereka.

“Setelah dijual, mereka akan pindah ke kawasan tanah murah, biasanya di luar bandar.

“Kemudian bandar berkembang sehingga sampai ke kawasan di mana penjual tanah mendirikan rumah. Dengan ini harga tanah pun naik lagi.


“Sekali lagi pemilik tanah ditawar harga yang tinggi untuk tanahnya. Sekali lagi pemilik tidak dapat tahan hati dan lalu menjual tanahnya serta berpindah ke kawasan lebih jauh dari bandar untuk mendiri rumah. Akhirnya pemilik tinggal di pinggir hutan,” katanya.

Beliau berkata oleh sebab ini, undang-undang Tanah Simpanan Melayu diperkenalkan.

“Kawasan yang diisytihar Simpanan Melayu tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu daripada menjadi penumpang di negaranya sendiri.

“Tetapi jual tanah ini tidak terhad kepada orang rakyat sahaja. Raja pun sering menjual tanah takluknya. Demikian Pulau Pinang dijual kepada British. Kemudian Seberang Prai. Dinding di Perak juga dijual. Dan Singapura.

“Dinding tidak berguna kepada British dan dikembalikan kepada Perak. Apabila cadangan Malaya Union dibuat oleh British Pulau Pinang, Seberang Prai dan Melaka dirancang sebagai sebahagian dari Union tersebut,” katanya.

Katanya Singapura dikecualikan kerana ianya strategik bagi British.

“Apabila Malayan Union diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu, Raja-Raja Melayu dan pejuang-pejuang anti Malayan Union dikalangan orang Melayu tidak menuntut Singapura sebagai Wilayah Persekutuan.

“Apa yang berlaku kemudian adalah sejarah. Tetapi tabiat menjual tanah masih kekal.

“Ia tidak semestinya melibat kepingan tanah. Mengorek tanah untuk dijual kepada negara lain juga tidak banyak berbeza dari penjualan tanah,” katanya sambil menambah walaupun kerajaan melarang penjualan tanah seperti ini, ia masih berlaku.


Beliau berkata dengan digunanya tanah negara ini untuk memperbesarkan wilayah negara lain,hasilnya tidak banyak berbeza dari penjualan wilayah kepada negara asing.

“Kita sudah merdeka lebih setengah abad. Tetapi kita sudah lupa akan kesalahan kita dahulu. Memang menjual tanah seperti dapat duit percuma. Tetapi duit yang didapati akan hangus dibelanja. Akhirnya duit pun hilang tanah pun hilang. Penjual akan jadi papa kedana.”

Beliau berkata di zaman ini dengan teknologi dan modal yang banyak terusan seperti Selat Tebrau, ia pun boleh ditebusguna sepenuhnya.

“Nilai tanah ini tentulah amat tinggi, lebih tinggi dari belanja menebusguna. Sedikit sebanyak usaha ini sudah dilakukan.

“Setelah pihak kita menebusguna selat di sebelah kita, pihak lain pula akan menebusguna sebelah mereka. Terusan akan jadi parit. Jambatan tidak perlu lagi. Siapakah yang akan bangun tanah tebusan yang mahal ini. Siapakah yang akan tinggal di bandar-bandar baru.

“Tentulah mereka yang berada sahaja yang akan memiliki kondo-kondo mewah yang akan didirikan.

“Tak mengapalah kita dapat duit banyak. Pinggir hutan amat selesa. Kalau kita ternampak sebagai penumpang di negara sediri, itu pun tak mengapa. Selagi boleh jual negara sendiri apa salahnya menjadi penumpang,” akhiri beliau.

Sumber: Astro Awani

p.s: Sultan manakah yang menggadaikan tanah kepada investor china sehingga mengaut keuntungan berbillion ringgit?

Thursday, November 28, 2013

SINDIKET PENIPUAN RUMAH SEWA SEMAKIN SERIUS.

Berhati-hati dengan sebarang SCAM dan PENIPUAN Rumah Sewa Malaysia. Kerna terdapatnya petualang NAJIS yang mahu mengambil duit anda dengan cara menipu. Berikut adalah ADUAN dari Pencari Sewa: 


MANGSA:
Salam admin,
Ingin saya berkonsi bersama baru2 ni saya ada iklankan mencari rumah sewa di rumah sewa malaysia. Saya telah dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali. Dia memberi rumah untuk disewa complete details dan harga beserta dgn acct no. Saya rasa ini adalah satu penipuan. Saya tidak membayar apa2 sebaliknya saya pergi survey dahulu alamat rumah yang diberi utk di sewa. Ternyata rumah itu tidak ada dan alamat itu tidak benar. Berhati - hati pada yang diluar sana terutama mereka yang desperate mencari rumah seperti saya.

ADMIN: Penipu tu ada FB ID tak?
 
MANGSA: ID Fb tu tak ada. Dia sms saya. Kebetulan masa tu saya iklan dan saya ada letak phone no saya. Berikut adalah detail no.phone org tersebut 017-946xxxx. konon namanya "Kak Za". Bila saya layan dia bagi no acct. zaxxxx yahya dari xxxxx network solution homestay. Acct no. Maybank 51428060xxxx and CIMB 1463000xxxxx. Penipu tu pandai berdrama. Thanks "RSM" for your respond.


KOMENTAR DARI PENGGUNA RUMAH SEWA MALAYSIA

Rayyan Hafiz : Saya pun nyaris jd mangsa. Modus operandi hampir sama.. siap bg pic rumah n google map.. mujurlah ada bantuan info dr rakan setempat..

Mohd Faizal Ibrahim : Sama saya juga hampir ditipu oleh scam nie.

Fieza Abdull : Oh yes, ade tu siap call saya for confirmation itu adelah saya atau org lain sbb ,, die mintk deposit n suruh penyewa bank in , tpi pelik padahal saya yg owner .. Mengaku jadi fieza ,, pakai nombor lain.
 
Maz Dea Lova : sy penah kena, dia paksa byr booking konon nak LOCK utk saya. nasib baik rm100 jek hmm
 
Maz Dea Lova : Kalau nak banding org lain yg kena sampai ribu2... Org tu guna nama zatamah/mazlinda/nama perempuan yg kononnya bekeja sbg pharmasist UPM/UKM. Selalu guna pakai no acc bank atas nama company yg ada perkataan Homestay/win win/solution/network. Hati2 ye dah ramai yg terkono ngan mangkok tingkat tu. 

Artikel aduan di : RUMAH SEWA MALAYSIA