google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Thursday, November 28, 2013

DITIPU SINDIKET RUMAH SEWA.

Ditipu sindiket rumah sewa.
BANGSAR - Satu sindiket yang menipu orang awam berkaitan urusan sewa rumah atau bilik dikesan berlaku di sekitar Bangsar.

Sindiket itu menjadikan orang ramai yang meletakkan nama dan nombor telefon di sebuah laman web dengan menghubungi mereka untuk dijadikan mangsa.


Mun, 21, iaitu salah seorang mangsa berkata, dia mencari bilik sewa di sekitar Kuala Lumpur kerana mendapat peluang pekerjaan di sini dan perlu melapor diri di tempat kerjanya hari ini.


Usaha mencari bilik sewa dan meminta pertolongan rakan juga gagal lalu mencuba masuk ke satu laman web yang menyediakan ruang bagi orang awam mencari rumah atau bilik kosong.

 
 
 “Saya meninggalkan nama dan nombor telefon,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Pada petang itu juga, dia mendapatkan kiriman SMS daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Zatamah.


Katanya, wanita itu mengaku mencari penyewa kerana penyewa apartmennya berpindah.

“Dia menghantar butiran mengenai apartmen beserta alamat lengkap sebuah kondominium.

“Dia juga hubungi saya meminta supaya membayar RM600 sebagai pendahuluan,” katanya.


Awalnya, Mun mahu melihat apartmen itu namun Zatamah memberikan alasan sedang berada di Pulau Pinang.


Zatamah turut memberi gambar contoh apartmen dan surat perjanjian sewa apartmen melalui kiriman e-mel dan memberikan nombor telefon salah seorang penghuni apartmen itu yang dikenali sebagai Ina.


Berpegang kepada bukti itu, Mun membayar separuh wang pendahuluan berjumlah RM300.


“Saya terus ke apartmen tersebut bersama seorang rakan untuk melihat sendiri sambil menghubungi Ina beberapa kali, namun, panggilan saya tidak dijawab.

“Apabila tiba di apartmen itu, saya terkejut apabila seorang lelaki membuka pintu apartmen itu. Saya tanya adakah dia menyewa apartmen itu, lelaki itu menjawab, apartmen itu miliknya,” katanya.


Lelaki terbabit turut memberitahu sudah yang tertipu dan menjadikan mana-mana apartmen di situ sebagai umpan.

Mun segera membuat laporan di Balai Polis Pantai pada malam berikutnya.

MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Sinar Harian.

Tatacara pemilik rumah/bilik sewa menyediakan maklumat kepada pencari sewa.

Tatacara Pemilik Rumah/Bilik sewa menyediakan maklumat kepada pencari rumah/bilik/rakan serumah. Langkah ini mempermudahkan semua pihak terutamanya komunikasi diantara pemilik dan penyewa.

1. Jenis Sewaan (rumah/apartment/flat/condo/bilik)
2. Lokasi (Tingkat/Jalan/Lorong/Taman/Kampung)
3. Harga Sewaan sebulan termasuk deposit utiliti (Elektrik & Air)
4. Kelengkapan rumah (Jika ada - Katil/TV/Peti Ais)
5. Nombor Telefon (Whatapp/Wechat/Viber/Line (Call & SMS)

Tuesday, November 26, 2013