PETALING
JAYA – Selepas menjual Enam (6) plot tanah di Johor Baru bernilai RM4.5
bilion, Sultan Johor menandatangani perjanjian untuk membeli 20 peratus saham
Berjaya Times Square Sdn Bhd (BTS) membabitkan RM250 juta tunai.
Ia
bukan pelaburan pertama yang dimeterai Sultan Johor beberapa bulan kebelakangan
ini.
Berjaya
Assets Bhd memberitahu Bursa Malaysia bahawa syarikat tersebut telah melupuskan
saham 150 juta atau RM1 setiap satu, atau 20 peratus kepentingan ekuitinya
dalam BTS kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bangunan
BTS merangkumi pusat membeli-belah setinggi 12 tingkat, dua menara suite 46 tingkat, lima tingkat tempat letak
kereta bawah tanah dan 10 tingkat tempat letak kereta annex.
Selain
itu, BTS turut terlibat mengendalikan tempat letak kereta dan taman tema, serta
anak syarikat lain yang menguruskan Berjaya Waterfront, Johor Baru (sebelum ini
dikenali sebagai The Zon di Johor) dengan hartanah berkeluasan melebihi 7.28
hektar di Johor.
Berjaya
Assets berkata, pelupusan itu menambah wang tunai segera dan mempelawa Sultan
Ibrahim untuk melabur secara langsung dan mengambil bahagian secara aktif dalam
hala tuju dan perkembangan BTS.
Beberapa
minggu lalu, syarikat pemaju dari China, Guangzhou R&F Properties Co Ltd
membeli Enam (6) plot tanah berkeluasan 47 hektar di Johor Baru daripada Sultan
Ibrahim bernilai RM4.5 bilion atau RM891 per kaki persegi.
Perjanjian
itu mencatatkan rekod selepas beberapa bulan sebuah lagi syarikat dari China,
Country Garden Holdings Co Ltd, membeli 22.26 hektar tanah di 'Danga Bay'
bernilai RM376 per kaki persegi dari pemaju lain.
Selain
itu, Berjaya Assets merupakan sebahagian daripada Kumpulan Berjaya di mana pada
asasnya majoriti dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan.
Beliau
merupakan pelabur dalam REDtone International Berhad dan membeli lebih banyak
saham pada Julai untuk meningkatkan nilai pegangan sahamnya kepada 13.86
peratus, sekali gus menjadikan beliau pemegang saham kedua tertinggi dalam
syarikat telekomunikasi itu.
Pada
Mei 2013 lalu, Sultan Johor menamatkan 51 peratus kepentingan ekuitinya dalam
REDtone Network Sdn Bhd (RN) menerusi transaksi dengan REDtone International
yang pegangan saham dalam RN menurun daripada 70 peratus kepada 49 peratus. –
The Star
Apakah kepentingan yg diperolehi oleh rakyat Johor melalui penjualan tanah Johor oleh DYMM Sultan Johor? Maafkan Hamba kerana bertanya!
ReplyDeleteSetakat yang diketahui, Sultan johor menjual tanah bagi tujuan pelaburan dan pembangunan. Di suatu sudut ok lah, mereka boleh menjana pembangunan untuk rakyat, persoalannya apa jadi dengan rakyat yang tidak berkemampuan? mereka akan tertolak ke belakang ke pinggir bandar. Kesian..jika live of living semakin meningkat pada kadar segera.
ReplyDeleteNampak gayanya kalau tidak di jaga, Malaysia akan di takluki oleh China dari segi ekonomi.
ReplyDeleteYa betul tu, kita sedang dijajah oleh Komunisme Republic of China secara economical. Amerika sedang tenat melihat perkembangan ini.
ReplyDeleteKita kan suka dijajah...
ReplyDelete