google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Friday, April 11, 2014

EJEN, PERUNDING HARTANAH WAJIB PAKAI TAG PENGENALAN DIRI


Bermula 01 Jun 2014, ejen dan perunding hartanah diwajibkan memakai tag pengenalan diri yang dikeluarkan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartatanah Malaysia (BOVAEA) ketika menjalankan urus niaga dengan pelanggan masing-masing. 

 

Penggunaan tag pengenalan diri itu penting bagi membolehkan orang ramai dapat membezakan ejen dan perunding berdaftar dan tidak berdaftar.

Kini, terdapat 1,779 ejen hartanah dan lebih 16,243 perunding hartanah berdaftar dengan BOVAEA.

Semua perunding hartanah diwajibkan memakai tag nama yang dilengkapi dengan kod Quick Response (QR) untuk membolehkan pengguna membezakan perunding berdaftar dengan perunding yang tidak sah.

Presiden Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, Datuk Abd. Hamid Abu Bakar berkata, pembeli hartanah pula dinasihatkan hanya mendapatkan perkhidmatan daripada perunding hartanah yang berdaftar dengan lembaga itu untuk mengelakkan kerugian dan penipuan.

"Semua pembeli boleh menggunakan telefon pintar untuk mengimbas kod QR yang ada pada tag nama bagi mengenal pasti identiti sebenar seseorang perunding hartanah.

"Buat masa ini, sebanyak 16,243 perunding telah didaftarkan di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah di mana mereka berkhidmat dengan 1,779 ejen hartanah yang sah,"

Dalam pada itu, Presiden Institut Ejen Hartanah, Siva Shanker berkata, individu yang menggelar diri sebagai perunding bebas sebenarnya adalah tidak sah kerana setiap perunding harus bekerja sepenuh masa dengan seorang ejen hartanah.

Katanya, jumlah perunding tidak sah mungkin menyamai malahan melebihi jumlah perunding sah di negara ini di mana keadaannya didapati lebih serius di Sabah dan Sarawak.

"Perunding tidak sah ini tidak mengikut peraturan di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, mereka mungkin menerima caj perkhidmatan pada kadar yang lebih tinggi, masing-masing daripada pihak pembeli dan penjual hartanah,"


Ahli Lembaga Pengarah lembaga berkenaan, Eric Lim berkata, setiap ejen hartanah yang berdaftar hanya boleh mempunyai maksimum 20 perunding di bawah mereka.

"Untuk menjadi seorang ejen hartanah, seseorang itu mesti bekerja selama dua tahun di bawah ejen hartanah bertauliah selain lulus beberapa ujian ditetapkan.

"Perunding berdaftar pula ialah individu yang bekerja di bawah ejen hartanah dan mereka perlu menghadiri kursus. Perunding adalah termasuk mereka yang mempromosi jualan hartanah di dalam ekspo hartanah dan pusat beli-belah," katanya.

Tambahnya, setiap perunding mesti bekerja secara tetap dengan seorang ejen hartanah dan mereka perlu memaklumkan kepada lembaga sekiranya berpindah ke firma lain.

"Dengan mendaftarkan perunding-perunding hartanah di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, maka sebarang kesalahan yang dilakukan mereka akan dapat dikesan," katanya.


Sumber: Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo.


Friday, April 4, 2014

BERITA: DUTALAND TERIMA PAMPASAN RM49.5 JUTA


Dutaland terima pampasan RM49.5 juta tanah pegangan pajak
Dutaland Bhd menerima pampasan sebanyak RM49.5 juta berikutan langkah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengambil alih sebidang tanah pegangan pajaknya.

Tanah dengan pajakan 99 tahun itu terletak di Kota Kinabalu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Sumber Berita Harian.


Dutaland Bhd has accepted RM49.50mil as compensation from Sabah's Land and Survey.

Department which had compulsory acquired a piece of land in Kota Kinabalu.
Dutaland said the Sabah Land Office had acquired five acres of land which has a lease period expiring on June 9, 2051. It said it had no immediate plan to develop the Sabah Land which was designated solely for hotel development. "The Sabah land was acquired by the company in April 2007 at a cost of about RM8.9mil," it said. Source: The Star 

Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Adbul Aziz Shah
Pengerusi/Chairman Dutaland Berhad





Friday, February 14, 2014

SKIM MYHOME RUMAHKU RM30,000

MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan  yang telah diluluskan mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHome adalah untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan sederhana. Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk setiap unit rumah kepada individu yang layak.



Program MyHome yang akan dilancarkan kerajaan pada 1 April ini akan memberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000 kepada mereka yang layak untuk membeli rumah.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut akan melibatkan kira-kira 10,000 unit rumah yang dibina oleh pihak swasta dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300 juta. 

Beliau berkata, langkah yang bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis Perumahan Negara yang dipengerusikannya hari ini.

 
"Program MyHome merupakan satu usaha yang mana kerajaan akan memberi insentif kepada sektor swasta untuk membina rumah-rumah kos rendah yang sangat dikehendaki oleh rakyat.

"Jika pemaju mengambil bahagian dalam skim ini, rumah berharga RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000 dan ini bermakna kerajaan akan memberi subsidi kepada pembeli yang layak sebanyak RM30,000,"

Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Program MyHome merupakan sebuah projek khas bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lalu.

Najib berkata, penentuan jumlah subsidi kepada pembeli yang layak bergantung kepada harga sebuah rumah kos rendah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

"Mungkin ada yang dapat subsidi RM20,000 dan ada juga yang mendapat subsidi RM10,000. Semuanya ini bergantung kepada harga rumah murah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu turut menetapkan syarat-syarat pembeli yang layak menyertai program tersebut iaitu mereka yang berpendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Syarat-syarat lain rumah tersebut mestilah rumah yang pertama dan mereka dilarang menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun,"

Najib berkata, subsidi berkenaan akan dibayar terus ke akaun pembeli.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pemaju mesti memohon untuk menyertai skim itu dan pemilihan akan tentukan oleh sebuah jawatankuasa di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Katanya, senarai pembeli juga akan dipertimbangkan oleh pihak kementerian.
Sementara itu, Najib berkata, satu pangkalan data yang dikenali sebagai Rumahku Exchange akan diwujudkan supaya segala perkara berkaitan dengan perumahan mudah diperoleh.

"Mana-mana pemaju yang ingin menyertai program ini bolehlah memohon kepada pihak kementerian dan seterusnya orang ramai boleh memohon selepas pelancarannya pada 1 April ini".


Fakta Skim MyHome.
  1. Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome.
  2. Bantuan Maksimum Rumah RM30,000.
  3. Jumlah Terhad Peruntukan sehingga RM300 Juta.
  4. Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
  5. Hanya Terhad kepada 10,000 unit rumah Sahaja.
Syarat Layak Skim MyHome.
  1. Terbuka Kepada Warganegara Malaysia.
  2. Hanya untuk Pembeli rumah yang pertama.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah.
  4. Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.
  5. Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun.
  6. Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli.
Projek dalam pembinaan layak untuk dipertimbangkan, melalui kaedah itu, pembeli tidak perlu mengumpul wang pendahuluan rumah, sebaliknya kerajaan akan memasukkan jumlah subsidi terus kepada akaun pembelian rumah pembeli.

Pembayaran kerajaan akan bayar terus kepada akaun pembeli, dengan tujuan pembeli akan dapat manfaat. 

"Mereka tidak perlu cari duit pendahuluan. Mudah dapat pinjaman daripada bank. Senarai pembeli akan dipertimbangkan kementerian".

Pemaju yang berminat, perlu membuat permohonan kepada kementerian terlibat sebelum mereka layak untuk mengiklankan rumah mampu milik mereka.

Konsep pembelian rumah itu adalah berdasarkan "Siapa Cepat Dia Dapat".

Putrajaya mensasarkan pembinaan 1 juta unit rumah menjelang 2018, dengan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) diarahkan untuk membina separuh daripada jumlah tersebut. 

“Sebagai contoh, kalau saya orang susah, saya mahu beli rumah kos rendah harga RM40,000 yang sebenarnya berharga RM70,000, pemaju bagi subsidi RM30,000, kerajaan beri RM30,000 lagi (Skim MyHome), saya hanya bayar RM10,000,”

Dana Perumahan Negara
Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyarankan diwujudkan Dana Perumahan Negara bagi menyokong Skim MyHome bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama.

Presidennya, Khairul Amin Osman, berkata ia berikutan kebanyakan mereka yang layak memohon skim itu adalah yang bekerja sendiri dan tiada slip gaji serta berdepan masalah membuat pinjaman bank.

“Kita cadangkan penubuhan dana itu untuk mempermudahkan pinjaman supaya tidak timbul isu ditawarkan rumah tetapi tidak layak membuat pinjaman,” katanya.

Di Shah Alam, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata melalui skim itu, kerajaan Pusat sendiri yang memasuki pasaran perumahan dan menjadi pembiaya untuk meringankan beban rakyat.