Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit)
adalah satu
produk khusus yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ketika
membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) di Dewan Rakyat pada 23
Oktober 2015.
Skim ini merupakan satu insentif kerajaan bagi
membantu golongan pertengahan memiliki rumah idaman di mana peruntukan
sebanyak RM200 juta akan disediakan oleh kerajaan sebagai sumbangan
kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran
deposit.
Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara iaitu bagi meningkatkan
keupayaan dan aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini
akan diselaraskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara mulai 6 April 2016.
Layari: http://ehome.kpkt.gov.my/
#rumahsewa #rumah #sewa #kpkt #ehome #malaysia Rumah Sewa Malaysia RUMAH SEWA MALAYSIA
Layari: http://ehome.kpkt.gov.my/
#rumahsewa #rumah #sewa #kpkt #ehome #malaysia Rumah Sewa Malaysia RUMAH SEWA MALAYSIA