google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Monday, February 3, 2014

PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 2014


Kerajaan telah membina 28,599 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan kos RM1.858 bilion melibatkan subsidi sebanyak RM571.9 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu sebagai usaha membantu setiap isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah dengan itu membantu meringankan beban mereka.
  
Melalui Bajet 2014, kerajaan telah meluluskan pembinaan 8,000 RMR yang akan dilaksanakan oleh SPNB. Terdapat tiga jenis RMR iaitu rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dijual pada harga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000.
 
Rumah yang berkeluasan 850 kaki persegi dijual pada harga RM55,000 dengan subsidi RM17,500 manakala rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dijual pada harga RM45,000 dengan subsidi RM15,000 setiap unit.
 
Selain RMR, SPNB juga akan membina 15,122 unit Rumah Mampu Milik dan 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat tahun ini.

Selain itu, SPNB diminta untuk menyiapkan pada tahun ini sebanyak 26,122 unit rumah keseluruhannya. - Bernama

 

PR1MA 2014


KEDIAMAN PR1MA

Inilah peluang anda untuk memiliki kediaman sendiri yang sesuai dengan anda. Sama ada bagi yang baru berkeluarga atau perlukan lebih ruang untuk keluarga yang semakin membesar, kediaman PR1MA direka khas bagi menepati keperluan anda.

Layari www.Pr1ma.my


SKIM RUMAH PERTAMAKU

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar telah ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari 2013.