google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia: PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA)

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Friday, October 5, 2012

PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA (PR1MA)




Perdana Menteri telah melancarkan fasa pertama Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang akan membabitkan pembinaan 42,000 unit rumah di 20 tapak strategik yang sudah dikenal pasti. PR1MA ini ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia yang berpendapatan sederhana tetapi tidak melebihi daripada RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka yang bekerja dengan kerajaan, swasta atau pun bekerja sendiri.

Pelaksanaan PR1MA ini akan dapat membantu ke arah mencapai matlamat Dasar Perumahan Negara bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu milik.


 


Antara Syarat dan Keistimewaan PR1MA

membabitkan isi rumah berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan.
mereka adalah pembeli pertama rumah tersebut dan perlu mendiami rumah tersebut.

Pembeli yang berjaya mendapatkan rumah tersebut adalah tidak dibenarkan untuk menjualnya dalam tempoh 10 tahun untuk mengelakkan aktiviti spekulasi.

Rumah PR1MA akan dijual pada harga diskaun daripada RM50,000 sehingga RM300,000 harga sama kepada bumiputera dan bukan bumiputera.

Pembeli rumah di bawah Program ini ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem. Lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.



Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.

Sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah. Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).


Bagi yang berminat untuk mendapatkan rumah dibawah program PR1MA, mereka dijangka boleh mendaftar selepas Perbadanan PR1MA ditubuhkan. Perbadanan PR1MA, berperanan untuk merancang dan menyelaras pembinaan PR1MA serta membuat pengagihan rumah akan ditubuhkan selepas satu akta khas mengenainya diluluskan dalam sesi parlimen kelak.

Program perintis PR1MA telah dilancarkan di Presint 11 yang membabitkan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga RM120,000 seunit. Disekitar Lembah Klang, sekitar 20 lokasi telah dikenal pasti. Fasa pertama di Presint 11, bakal menyaksikan 42,000 unit rumah bakal dibina.
.
Semua urusan dan pertanyaan berkaitan PR1MA boleh dirujuk kepada Unit PR1MA yang telah ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri seperti berikut:-
.
Unit PR1MA
Pejabat Perdana Menteri,
Aras 1, Blok Perdana Putra,
62502 Putrajaya.
Tel: 03-8888 8110, Faks: 03-8888 3671


0 comments:

Post a Comment