![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrqNIRkiqIrN93vjtxz-wyuSw36mZqwuP7bMt9D6Mscqys4r2z5ycoMIv6ywObGvUOX3tLVeuBMpLhvcDpI0mi62ZA3-JimcCkoByi8F5tzDmWw1XIPxtW5Awgde4NU-1hqUDN-jagw6wb/s1600/rumah-ppr.jpg)
Katanya, ini termasuk penyewa tidak menyerahkan rumah PPR kepada DBKL selepas pendapatan mereka melepasi garis kemiskinan atau telah membeli rumah lain dan menyewakan kemudahaan itu kepada individu lain.
"Kita ambil keputusan drastik, kita sudah beritahu Datuk Bandar Kuala
Lumpur kalau perkara ini berlaku kita akan tarik serta-merta dan akan
memutuskan bekalan air dan elektrik di kediaman berkenaan tanpa sebarang
notis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci PPR
Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Sebanyak 96 penyewa menerima kunci rumah pada majlis itu dengan
kadar sewa RM124 sebulan. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk
Seri Ahmad Phesal Talib.
Tengku Adnan berkata DBKL tidak akan berkompromi dan setakat
ini sebanyak 80 unit PPR telah ditarik balik di seluruh Kuala Lumpur
akibat pelbagai penyalahgunaan.
- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment