google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Monday, February 3, 2014

RM35 BAUCAR BANTUAN RAKYAT MISKIN BANDAR

RM35 Sehari Bantu Miskin Tegar Bandar



Individu berpendapatan bawah RM3,000 di kawasan bandar, layak mendapat bantuan RM35 sehari menerusi program Baucar Kerja yang diselia oleh Kementerian Sumber Manusia.

Program perintis yang akan dilancarkan April 2014 ini, akan menyaksikan pembabitan 100 peserta yang tergolong di bawah tahap miskin bandar. 

Sementara menanti April 2014, apakata kita layari dahulu sesawang :

>>Kementerian Sumber Manusia<<
Portal rasmi Kementerian Sumber Manusia.

>>Jobs Malaysia<<
JobsMalaysia.gov.my menyediakan perkhidmatan PERCUMA kepada pengguna portal. Tiada sebarang bentuk pembayaran atau yuran dikenakan secara langsung atau tidak langsung, di dalam mana-mana permohonan, pendaftaran, atau apa jua keadaan.  



Syarat layak "Program Baucar Bantuan Kerja 2014"
  • Individu berpendapatan bawah RM3,000
  • Menetap dikawasan bandar.
  • Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, orang asli dan 
  • Golongan tidak bekerja.
  • Golongan miskin yang tersenarai dibawah pangkalan data keluarga miskin menerusi laman e-kasih.
  1. Program Baucar Kerja RM35 sehari ini menyasarkan golongan bekerja di kawasan bandar yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, dan individu yang tidak bekerja. 
  1. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari tambahan tersebut dijangka dapat membantu golongan ini dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. 
  1. Bantuan Baucar Kerja RM35 Sehari boleh dituntut setiap hari atau pun pada setiap hujung bulan, bergantung kepada keperluan individu tersebut. 
  1. Yang berminat untuk daftar permohonan bantuan baucar kerja RM35 sehari ini harus mendapatkan pekerjaan sambilan bagi melayakkan mereka mendapat bantuan tersebut. 
  1. Golongan terpinggir seperti bekas banduan, bekas penagih dadah, warga emas, golongan kurang upaya, Orang Asli dan pelajar keciciran turut akan diberikan pertimbangan untuk kelulusan. 
  1. Individu yang layak akan dihubungi secara terus.

Pendaftaran Borang E-Kasih Online Malaysia  
Permohonan E-Kasih online merupakan bantuan untuk tolong keluarga miskin dan basmi kemiskinan tegar dinegara ini.

E-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT 2014


Kerajaan telah membina 28,599 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) dengan kos RM1.858 bilion melibatkan subsidi sebanyak RM571.9 juta.

Menurut Kementerian Kewangan, langkah itu sebagai usaha membantu setiap isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah dengan itu membantu meringankan beban mereka.
  
Melalui Bajet 2014, kerajaan telah meluluskan pembinaan 8,000 RMR yang akan dilaksanakan oleh SPNB. Terdapat tiga jenis RMR iaitu rumah berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dijual pada harga RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000.
 
Rumah yang berkeluasan 850 kaki persegi dijual pada harga RM55,000 dengan subsidi RM17,500 manakala rumah yang berkeluasan 700 kaki persegi dijual pada harga RM45,000 dengan subsidi RM15,000 setiap unit.
 
Selain RMR, SPNB juga akan membina 15,122 unit Rumah Mampu Milik dan 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat tahun ini.

Selain itu, SPNB diminta untuk menyiapkan pada tahun ini sebanyak 26,122 unit rumah keseluruhannya. - Bernama

 

PR1MA 2014


KEDIAMAN PR1MA

Inilah peluang anda untuk memiliki kediaman sendiri yang sesuai dengan anda. Sama ada bagi yang baru berkeluarga atau perlukan lebih ruang untuk keluarga yang semakin membesar, kediaman PR1MA direka khas bagi menepati keperluan anda.

Layari www.Pr1ma.my