MyHome merupakan sebuah lagi projek perumahan yang telah diluluskan
mulai 1 Januari 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah
seliaan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Antara objektif atau matlamat utama skim MyHome adalah untuk
membantu rakyat memiliki kediaman sendiri dengan kos rendah dan
sederhana. Skim ini turut menawarkan bantuan sehingga RM30,000 untuk
setiap unit rumah kepada individu yang layak.
Program MyHome yang akan dilancarkan kerajaan
pada 1 April ini akan memberikan subsidi maksimum sehingga RM30,000
kepada mereka yang layak untuk membeli rumah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program tersebut
akan melibatkan kira-kira 10,000 unit rumah yang dibina oleh pihak
swasta dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM300 juta.
Beliau berkata, langkah yang bertujuan membantu golongan
berpendapatan rendah itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Majlis
Perumahan Negara yang dipengerusikannya hari ini.
"Program MyHome merupakan satu usaha yang mana kerajaan akan
memberi insentif kepada sektor swasta untuk membina rumah-rumah kos
rendah yang sangat dikehendaki oleh rakyat.
"Jika pemaju mengambil bahagian dalam skim ini, rumah berharga
RM70,000 akan dijual pada harga RM40,000 dan ini bermakna kerajaan akan
memberi subsidi kepada pembeli yang layak sebanyak RM30,000,"
Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Program MyHome merupakan sebuah projek khas bagi membantu
golongan berpendapatan rendah yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika
membentangkan Bajet 2014 tahun lalu.
Najib berkata, penentuan jumlah subsidi kepada pembeli yang layak
bergantung kepada harga sebuah rumah kos rendah yang ditetapkan oleh
kerajaan negeri.
"Mungkin ada yang dapat subsidi RM20,000 dan ada juga yang mendapat
subsidi RM10,000. Semuanya ini bergantung kepada harga rumah murah yang
ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu turut menetapkan syarat-syarat
pembeli yang layak menyertai program tersebut iaitu mereka yang
berpendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
"Syarat-syarat lain rumah tersebut mestilah rumah yang pertama dan
mereka dilarang menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun,"
Najib berkata, subsidi berkenaan akan dibayar terus ke akaun pembeli.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pemaju mesti memohon untuk menyertai
skim itu dan pemilihan akan tentukan oleh sebuah jawatankuasa di bawah
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Katanya, senarai pembeli juga akan dipertimbangkan oleh pihak kementerian.
Sementara itu, Najib berkata, satu pangkalan data yang dikenali
sebagai Rumahku Exchange akan diwujudkan supaya segala perkara berkaitan
dengan perumahan mudah diperoleh.
"Mana-mana pemaju yang ingin menyertai program ini bolehlah memohon
kepada pihak kementerian dan seterusnya orang ramai boleh memohon
selepas pelancarannya pada 1 April ini".
Fakta Skim MyHome.
- Dikenali sebagai Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome.
- Bantuan Maksimum Rumah RM30,000.
- Jumlah Terhad Peruntukan sehingga RM300 Juta.
- Kerajaan akan membantu mereka yang layak membeli rumah pada harga rumah kos rendah dan perbezaan baki harga akan dibayar kerajaan kepada pemaju berkenaan.
- Hanya Terhad kepada 10,000 unit rumah Sahaja.
Syarat Layak Skim MyHome.
- Terbuka Kepada Warganegara Malaysia.
- Hanya untuk Pembeli rumah yang pertama.
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah.
- Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.
- Dilarang menjual rumah dalam masa 10 Tahun.
- Subsidi Skim Myhome akan dibayar terus ke akaun pembeli.
Projek dalam pembinaan layak untuk dipertimbangkan, melalui kaedah itu, pembeli tidak perlu mengumpul wang
pendahuluan rumah, sebaliknya kerajaan akan memasukkan jumlah subsidi
terus kepada akaun pembelian rumah pembeli.
Pembayaran kerajaan akan bayar terus kepada akaun pembeli, dengan tujuan pembeli akan dapat manfaat.
"Mereka tidak perlu cari duit pendahuluan. Mudah dapat pinjaman
daripada bank. Senarai pembeli akan dipertimbangkan kementerian".
Pemaju yang berminat, perlu membuat permohonan kepada
kementerian terlibat sebelum mereka layak untuk mengiklankan rumah mampu
milik mereka.
Konsep pembelian rumah itu adalah berdasarkan "Siapa Cepat Dia Dapat".
Putrajaya mensasarkan pembinaan 1 juta unit rumah menjelang 2018,
dengan Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) diarahkan untuk
membina separuh daripada jumlah tersebut.
“Sebagai contoh, kalau saya orang susah, saya mahu beli rumah kos rendah harga RM40,000 yang sebenarnya berharga RM70,000, pemaju bagi subsidi RM30,000, kerajaan beri RM30,000 lagi (Skim MyHome), saya hanya bayar RM10,000,”
Dana Perumahan Negara
Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyarankan diwujudkan Dana Perumahan Negara bagi menyokong Skim MyHome bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama.
Presidennya, Khairul Amin Osman, berkata ia berikutan kebanyakan mereka yang layak memohon skim itu adalah yang bekerja sendiri dan tiada slip gaji serta berdepan masalah membuat pinjaman bank.
“Kita cadangkan penubuhan dana itu untuk mempermudahkan pinjaman supaya tidak timbul isu ditawarkan rumah tetapi tidak layak membuat pinjaman,” katanya.
Di Shah Alam, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata melalui skim itu, kerajaan Pusat sendiri yang memasuki pasaran perumahan dan menjadi pembiaya untuk meringankan beban rakyat.
“Sebagai contoh, kalau saya orang susah, saya mahu beli rumah kos rendah harga RM40,000 yang sebenarnya berharga RM70,000, pemaju bagi subsidi RM30,000, kerajaan beri RM30,000 lagi (Skim MyHome), saya hanya bayar RM10,000,”
Dana Perumahan Negara
Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyarankan diwujudkan Dana Perumahan Negara bagi menyokong Skim MyHome bagi memudahkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah pertama.
Presidennya, Khairul Amin Osman, berkata ia berikutan kebanyakan mereka yang layak memohon skim itu adalah yang bekerja sendiri dan tiada slip gaji serta berdepan masalah membuat pinjaman bank.
“Kita cadangkan penubuhan dana itu untuk mempermudahkan pinjaman supaya tidak timbul isu ditawarkan rumah tetapi tidak layak membuat pinjaman,” katanya.
Di Shah Alam, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata melalui skim itu, kerajaan Pusat sendiri yang memasuki pasaran perumahan dan menjadi pembiaya untuk meringankan beban rakyat.