google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia: DPMM cadang bina 100,000 unit rumah kos sederhana.

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Wednesday, November 20, 2013

DPMM cadang bina 100,000 unit rumah kos sederhana.

Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merancang untuk membina sekurang-kurangnya 100,000 unit rumah dalam tempoh 10 tahun menerusi Program Perumahan Kos Sederhana Mampu Milik Konsep seMalaysia (PPKS).

Rumah itu yang berharga sekitar RM200,000 disasarkan untuk mereka berpendapatan antara RM3,500 hingga RM7,000 sebulan bagi pasangan suami isteri. 

Kategori rumah yang akan dibina termasuk rumah teres dua tingkat dan pangsapuri kos sederhana dengan membeli tanah kerajaan pada harga minimum.


Presiden DPMM, Datuk Syed Ali Alattas, berkata program perumahan itu akan dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat sebagai tanggungjawab sosial tanpa bermotifkan keuntungan.

“Cadangan sudah dikemukakan kepada beberapa kerajaan negeri dan hanya menunggu persetujuan.

Dijual pada harga RM200,000

“Rumah ini akan dijual sekitar RM200,000 yang cuma membabitkan harga tanah, kos juruperunding dan pembinaan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada lokasi rumah itu,” katanya pada sidang media mengenai Projek Perumahan Kos Rendah di sini, semalam.
Bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan, DPMM mewujudkan Jawatankuasa Penasihat membabitkan wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), wakil bank dan juruperunding pembinaan.

Syed Ali berkata, kira-kira 260 unit rumah sederhana pada fasa 1 akan dibina di bandar Uda Utama, Johor Bahru, awal tahun depan di kawasan seluas empat hektar.

“Pembinaan rumah itu dijadualkan siap dalam tempoh 18 bulan selepas pembinaan, manakala bagi fasa kedua pula akan dibina di Taman Lagoon Johor sekitar pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, program itu disediakan untuk rakyat tempatan yang bermastautin di negeri masing-masing.

“Pembeli tidak dibenarkan menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun bagi mengelak sebarang spekulasi dan pembeli yang mengambil kesempatan bagi kepentingan peribadi.

“Kami memperuntukkan 70 peratus unit rumah ini kepada kaum Bumiputera, 20 peratus bukan Bumiputera dan selebihnya untuk tujuan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menyerahkan kertas kerja kepada kerajaan negeri Selangor kelmarin, bagi membina rumah kos sederhana di sekitar Lembah Klang dan menunggu kelulusan daripada kerajaan negeri itu.

Orang ramai yang berminat boleh boleh mendaftar di www.ppks.my
Sumber: BHarian


0 comments:

Post a Comment