Social Icons

twitter facebook linkedin rss feed email

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Advertisement

Advertisement

Monday, June 9, 2014

Dr.Mahathir Bimbang MB Johor Gagal Nasihati Sultan Dalam Isu Rang Undang-undang lembaga Perumahan dan Hartanah Johor


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bimbang Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin gagal menasihati Sultan Johor dalam isu Rang Undang-undang lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Menurut beliau walaupun pindaan pada rang undang-undang tersebut, Khaled mungkin tunduk kepada adat tradisi negeri Melayu yang menganggap sultan sebagai ketua.

"Ini adat Melayu, jika sultan berkata sesuatu, ia mesti diikut dan saya bimbang bukan dia (MB) yang menasihati Sultan tapi Sultan yang akan nasihat dia," katanya.
 
Mahathir berkata, Sultan Johor tidak seharusnya terlibat dalam pentadbiran eksekutif negeri demi menghormati Perlembagaan Persekutuan.

"Kita tak guna sistem adat tradisional, kita ada sistem raja berpelembagaan. Dulu selepas merdeka kita pilih untuk (ikut) sistem ini. Saya harap agar Perlembagaan dihormati," kata beliau.

Mahathir menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau bimbang kerana Johor sebuah negara yang kaya tetapi menjual terlalu banyak tanah kepada rakyat asing.

Beliau bagaimanapun memuji kerajaan negeri Johor kerana sedar dan cuba mengelakkan perkara ini dari berlaku

"Saya dengar banyak tanah di Johor telah dijual kepada rakyat asing. Ini perkara tidak bagus dan ianya tidak dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Mereka cuba baiki dan ini tunjukkan bagaimana tegasnya kerajaan negeri. Mereka tahu ini salah," kata beliau.

Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang bakal memberi kuasa kepada Sultan untuk melantik ahli dan membubarkan lembaga dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri minggu lalu.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment