Social Icons

twitter facebook linkedin rss feed email

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Advertisement

Advertisement

Sunday, June 8, 2014

Utusan Malaysia Dedah Isu Kerajaan Johor Beri Kuasa Mutlak Pada Sultannya Dalam Urusan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ)

(Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar)
NUSAJAYA: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan terdapat pindaan fasal khususnya peruntukan yang menyentuh peranan raja.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pindaan dilakukan selepas pihak berkuasa negeri mengambil kira tohmahan dan reaksi pelbagai pihak selain mahu memelihara sistem Raja Perlembagaan yang diamalkan selama ini.

"Ada fasal yang akan dipinda dengan dinyatakan secara khusus peranan raja adalah atas nasihat Menteri Besar terutama dari segi pelantikan ahli lembaga pengarah lembaga tersebut.

"Yang paling penting, lain-lain fasal ditiadakan. Hanya itu sahaja yang menyentuh peranan raja. Lain-lain semua digantikan dengan Pihak Berkuasa Negeri," katanya pada penggulungan perbahasan persidangan DUN di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata pindaan juga dibuat untuk menunjukkan kerajaan negeri berniat ikhlas terhadap penubuhan lembaga terbabit selain tidak mahu seolah-olah kuasa eksekutif diberikan kepada raja walaupun kandungan enakmen baharu yang akan diwujudkan itu sama seperti kandungan yang sudah ada dalam akta di peringkat kebangsaan.

Laporan itu mendakwa jika rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor itu diluluskan, ia akan memberi kuasa kepada Sultan Ibrahim untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dan terlibat dalam pembangunan hartanah di negeri itu.



“Ia juga memperuntukkan enakmen yang akan membolehkan baginda mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baru, menentukan jumlah elaun dan saraan mereka serta berhak melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata kuasa sultan dalam LPHJ adalah tertakluk kepada kanun Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Katanya, mengikut kanun itu, Sultan Ibrahim boleh memberi nasihat dan menerima nasihat dalam hal yang berkaitan.

“Kerajaan negeri, sebelum ini pernah memasukkan fasal yang sama semasa enakmen penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang kini dikenali sebagai Johor Corporation (JCorp).

Akhbar milik Umno awal minggu ini dalam ruangan muka depannya menyiarkan pelbagai reaksi daripada beberapa pemimpin Umno yang mahukan kerajaan Johor menangguhkan pembentangan RUU tersebut.

Antaranya reaksi daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan penglibatan institusi raja dalam pentadbiran kerajaan negeri akan dikhuatiri akan menjurus kepada perasaan tidak menghormati institusi itu dalam kalangan rakyat.

Utusan Malaysia juga membuat pendedahan mengenai pendirian kerajaan Johor memberikan kuasa mutlak kepada Sultannya dalam urusan membabitkan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ).

Sumber: 
www.themalaysianinsider.com
www.astroawani.com
www.malaysianreview.com

0 comments:

Post a Comment