google.com, pub-4145492594364757, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rumah Sewa Malaysia: BERITA JOHOR: DAFTAR RUMAH SECARA ONLINE.

'1 Click This Ads Can Generate Our Income'

Saturday, December 14, 2013

BERITA JOHOR: DAFTAR RUMAH SECARA ONLINE.

Johor Bahru: Kerajaan Johor sedang membangunkan sistem pendaftaran perumahan secara online bagi memudahkan proses permohonan rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sistem itu yang dijangka siap pertengahan tahun depan diyakini dapat membantu kerajaan negeri menyediakan rumah dengan lebih berkesan kepada rakyat.“

Permohonan secara talian dilihat lebih memudahkan proses permohonan dan merancang projek perumahan berdasarkan kepada keperluan sebenar mengikut kawasan. Ia sekali gus mengelakkan pembinaan rumah melebihi permintaan,” katanya. 


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan rumah bagi penempatan semula penduduk Kampung Oren ke Taman Bukit Tiram dan perasmian Klinik Waqaf An-Nur Taman Bukit Tiram, dekat Ulu Tiram, semalam.

Beliau berkata, sistem itu juga membolehkan kerajaan negeri mengetahui kawasan yang memerlukan pembinaan lebih banyak rumah seumpama itu kerana kerajaan tidak mahu penduduk berhijrah dari kawasan asal ke penempatan baru yang terletak jauh dari tempat kerja mereka.

Sementara itu, mengenai penempatan semula penduduk Kampung Oren ke Taman Bukit Tiram, beliau berharap ia dapat mengatasi masalah banjir yang dihadapi penduduk di perumahan asal yang didiami mereka sejak 20 tahun lalu. BERNAMA

0 comments:

Post a Comment